KUALA LUMPUR: Pelakon, Zul Ariffin mengakui tidak kisah untuk menjayakan sesebuah babak berkali-kali ketika penggambaran demi memastikan hasil lakonannya memenuhi kehendak pengarah.

Menurut Zul, dia sentiasa mengutamakan kepuasan pengarah dalam setiap produksi yang dibintanginya agar hasilnya berkualiti dan berbaloi untuk dipertontonkan kepada umum.

“Saya tidak pernah marah kalau perlu melakukan sesebuah babak berkali-kali. Saya tidak kisah berapa kali perlu ulang, asalkan pengarah mendapat hasil yang diinginkan.

“Bagi saya, apabila pengarah sudah berpuas hati, barulah saya boleh pulang dengan hati yang senang. Kalau pengarah belum berpuas hati, saya mahu terus mencuba sehingga dia benar-benar mendapat apa yang diinginkan,” katanya ketika ditemui di majlis tayang perdana filem Pemuja Syaitan, baru-baru ini.