Shuhaily Zain bakal berdepan dakwaan menyerang dua anggota polis di KLIA baru-baru ini.PETALING JAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Shuhaily Zain, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Sepang esok berhubung dakwaan menyerang dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Memetik sumber, Berita Harian melaporkan beliau akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Kes itu mendapat perhatian umum selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang didakwa menunjukkan Shuhaily berkonfrontasi dengan seorang individu di Terminal 1 KLIA tular.
AKPS mengesahkan rakaman itu tulen dan menjelaskan kejadian berlaku ketika Shuhaily meninjau persiapan di KLIA menjelang Grand Prix Bahrain di Malaysia.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftest1_716667.png&w=480&output=webp&q=85&we)
