Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berucap pada Majlis Perasmian Program Road to Eliminate Violence Against Women sempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita peringkat Pulau Pinang 2026 hari ini. (Gambar Bernama)BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperuntukkan kira-kira RM1 juta tahun ini bagi membantu wanita yang berdepan kesukaran kewangan, termasuk mangsa keganasan rumah tangga yang perlu membawa anak-anak dan meninggalkan pasangan mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata, usaha itu sebahagian langkah memperkukuh perlindungan dan bantuan kepada mangsa, merangkumi sokongan kewangan, khidmat guaman, intervensi awal serta penempatan sementara melalui kerjasama NGO.








