KOTA KINABALU: Seramai kira-kira 400 pekebun kecil menyertai Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Peringkat Zon Sabah 2026 yang menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan maklumat terkini bagi memperkukuh industri getah serta meningkatkan pendapatan komuniti itu.
Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib, berkata RISDA Sabah memperuntukkan RM22.31 juta tahun ini bagi melaksanakan program pembangunan holistik pekebun kecil, meliputi pembangunan tanaman getah, peningkatan produktiviti, penyediaan prasarana pertanian dan pembangunan sosioekonomi.
Katanya, peruntukan itu bertujuan membantu kira-kira 74,625 pekebun kecil yang mengusahakan lebih 204,000 hektar kawasan tanaman getah di seluruh Sabah.






