KUALA LUMPUR: Pelakon Syafiq Kyle kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohaya Sulaiman, pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsi adiknya yang juga pelakon, Syazwan Razak, menerusi hantaran media sosial.
Syazwan memohon jasa baik orang ramai untuk memberi sedekah bacaan surah al-Fatihah buat arwah ibu mereka.
"Ibu sudah tidak ada. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah untuk ibu tercinta saya. Maafkan beliau jika ada salah dan silap," tulisnya.








