Kuala Lumpur: Ibu kepada pelakon Syafiq Kyle dan Syazwan Razak, Rohaya Sulaiman meninggal dunia pagi ini.
Berita duka itu dikongsikan oleh menantunya yang juga pelakon, Mimi Lana menerusi satu hantaran di platform media sosial miliknya.
"Al-Fatihah. Minta doakan ibu mentua saya yang baru kembali ke Rahmatullah, pagi ini.
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah Rohaya Binti Sulaiman, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Ameen YRA," tulisnya.






