PETALING JAYA – Syurga kepada pelakon Syafiq Kyle yang juga ibu mentua Mimi Lana iaitu Rohaya Sulaiman dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Khabar duka tersebut disampaikan adiknya yang juga pelakon Syazwan Razak yang berharap orang ramai memaafkan segala kesilapan ibunya itu.
“Ibu dah tiada. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah untuk ibu tercinta saya.
“Maafkan beliau jika ada salah dan silap,” katanya ringkas dalam InstaStory.








