KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati pada minggu hadapan, dengan pelabur mengambil sikap yang terkawal dan membina dalam mendepani perkembangan domestik, dalam persekitaran ketidakpastian luaran serta sentimen pasaran serantau yang berbeza.
Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd, Kenneth Leong, berkata pelabur akan memantau permulaan musim laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai keuntungan korporat serta daya tahan ekonomi global.
"Sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati, dengan penanda aras pasaran berkemungkinan dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau serta perkembangan semasa di Asia Barat," katanya kepada Bernama.








