TAMBUNAN: Seorang pekerja penurapan jalan maut dihempap jentera penggelek yang terbalik ketika melakukan kerja di Jalan Makatip, Kampung Makatip, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi, mangsa lelaki berusia 70 tahun tersepit di bawah jentera berkenaan sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 pagi sebelum tujuh anggota bersama jentera dan EMRS digerakkan ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba tiba pada jam 10.14 pagi dan mendapati mangsa adalah pekerja yang sedang menjalankan kerja menurap jalan di kawasan berkenaan.

"Mangsa dipercayai dihempap selepas jentera penggelek jalan terbabit terbalik dan menyebabkannya terperangkap di bawah jentera.