KUALA LUMPUR – Goon International College (GIC) menjalinkan kerjasama strategik dengan Institut Pertanian Bogor (IPB University), Indonesia untuk menyediakan laluan berstruktur kepada pelajar Malaysia melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar.

Menurut Pengarah GIC, P. Prabagaran, inisiatif itu membuka lebih banyak peluang kepada pelajar tempatan untuk menceburi kerjaya dalam bidang veterinar melalui institusi pengajian yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

“Kerjasama GIC dengan IPB University memberi tumpuan khusus kepada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan Veterinar di Sekolah Perubatan Veterinar dan Sains Bioperubatan universiti berkenaan.

“Program selama lima tahun itu dinyatakan setaraf dengan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), manakala graduan boleh memohon pendaftaran dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVC), tertakluk pada syarat pendaftaran yang ditetapkan.