PETALING JAYA – Keluarga kepada 54 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan bencana banjir Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi membantu mereka yang terus dibelenggu ketidakpastian sejak 56 hari lalu.

Jurucakap Malaysia Solidarity: Families in Hope (Masfih), Dr. R. Manivannan berkata, pihaknya mengalu-alukan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini bagi membincangkan nasib keluarga mangsa yang masih hilang.

Beliau berkata, pihaknya turut menyerahkan kertas cadangan setebal 29 halaman yang menggariskan sembilan keutamaan bagi menyelaras bantuan kemanusiaan, urusan perundangan, kewangan dan diplomatik.

“Bagi keluarga yang sudah 56 hari hidup dalam ketidakpastian, peluang untuk menjelaskan sendiri pengalaman dan kesukaran dihadapi kepada Perdana Menteri amat bermakna.