Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) cadang agihan BUDI95 dikaji semula, kecualikan golongan kaya.KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk mengecualikan golongan kaya, termasuk Ahli Parlimen, daripada menerima subsidi BUDI95.

Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berkata, dana tersebut sebaik-baiknya digunakan untuk meningkatkan peruntukan bantuan kepada golongan M40 rentan yang menerima bantuan sangat terhad daripada kerajaan.

“Kerajaan menaikkan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter. Rekod menunjukkan bahawa hanya sekitar 100,000 pengguna, atau kurang daripada 1% menggunakan sepenuhnya kelayakan tersebut,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.