Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum ini mendapatkan waran tangkap terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Serba Dinamik Abdul Karim Abdullah.PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap Pengarah Urusan Serba Dinamik Holdings Bhd, Abdul Karim Abdullah kini dalam Notis Merah Interpol.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyambung semula siasatan ke atas transaksi Serba Dinamik pada 2023 selepas pertuduhan terhadap syarikat itu ditarik balik pada 2022.

Menurutnya, siasatan itu diperluaskan kepada kes berkaitan, termasuk Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) yang turut membabitkan Karim.

"Ini menunjukkan peningkatan dalam tindakan penguatkuasaan SC, sama ada jenayah atau sivil," katanya di Dewan Rakyat hari ini.