Akmal Nasir berkata kesejahteraan rakyat perlu jadi keutamaan, bukan sekadar mengejar angka KDNK.PUTRAJAYA: Data dan statistik negara perlu mencerminkan realiti kehidupan rakyat serta menjadi panduan kepada tindakan kerajaan, bukan sekadar angka perhiasan di atas kertas.

Menteri Ekonomi Akmal Nasir berkata keputusan ekonomi tidak boleh dibuat berasaskan andaian semata-mata, khususnya dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik, cabaran rantaian bekalan, kemajuan kecerdasan buatan (AI) dan perubahan demografi.

“Kita memerlukan data tepat, analisis bernas dan kesediaan mengubah pendekatan apabila bukti menunjukkan hasil yang belum memadai.

“Statistik bukan sekadar menjelaskan keadaan; statistik mesti membantu menentukan tindakan,” katanya dalam teks ucapan dibacakan Timbalan Menteri Ekonomi Shahar Abdullah sempena Sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2026 Peringkat Kebangsaan.