KUALA LUMPUR: Insiden keganasan yang semakin membimbangkan, termasuk kes pelajar diserang dan ditikam di sekolah seharusnya ditangani segera bagi mengelakkan masyarakat menjadi lali sehingga menganggap perbuatan itu sebagai cara menyelesaikan konflik.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pada masa sama keganasan tidak boleh sama sekali menjadi budaya di negara ini.

"Kejadian seumpama itu seharusnya menjadi amaran serius kepada semua pihak bahawa tindakan pencegahan berkesan perlu dilaksanakan segera sebelum keganasan dianggap perkara biasa dalam masyarakat.

"Kita tidak boleh menunggu sehingga keganasan menjadi sebati dalam masyarakat sebelum bertindak.