Kuala Lumpur: Keadaan banjir di Perak dan Pulau Pinang bertambah buruk pagi ini dengan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri berkenaan.

Di PERAK, sebanyak 407 mangsa daripada 147 keluarga ditempatkan di empat PPS di daerah Larut, Matang dan Selama setakat 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, sebanyak empat PPS beroperasi di daerah itu susulan kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan, iaitu Kampung Changkat Ibol, Kampung Batu 9, kawasan Trong dan kawasan Matang sejak semalam.

"Daripada jumlah itu, 181 mangsa daripada 57 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Ibol manakala 130 mangsa daripada 57 keluarga berlindung di Dewan Masjid Al-Wusta Batu 8.