DUBAI: Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap lima individu, semalam atas kesalahan berkaitan keganasan, menjadikan jumlah hukuman mati yang dilaksanakan di negara itu tahun ini seramai 188, menurut pengiraan AFP berdasarkan kenyataan rasmi.
Kementerian Dalam Negeri berkata, lima warga Arab Saudi itu disabitkan kesalahan menyertai organisasi pengganas asing, melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan dan memberikan sokongan kepada operasi pengganas di negara itu.
Hukuman mati berkenaan dilaksanakan di Wilayah Timur, yang menempatkan sebahagian besar masyarakat minoriti Islam Syiah di Arab Saudi, yang sekian lama mendakwa dipinggirkan di negara majoriti Sunni itu.
Sejak Januari lalu, Arab Saudi melaksanakan hukuman mati terhadap 15 individu yang disabitkan kesalahan keganasan, kebanyakannya di wilayah timur, berbanding 40 orang sepanjang 2025.






