BUKIT JALIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Konsert Tradisional Gema Bumantara yang menampilkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di TM Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi sebagai persembahan indah yang mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.
Menerusi perkongsian Instagram (IG), Anwar berkongsi keterujaan menyaksikan persembahan Siti pada konsert itu, selain memuji semangat peminat yang setia menyaksikan persembahan hingga ke penghujung acara biarpun hujan.
"Seronok malam tadi dapat menikmati persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Konsert Tradisional Gema Bumantara yang begitu indah mengangkat kekayaan warisan seni Nusantara.






