Logo bulan PAS antara yang boleh digunakan oleh parti komponen PN pada PRN Melaka, 14 Nov depan.PETALING JAYA: PAS Melaka akan akur dengan apa juga keputusan pimpinan pusat berhubung logo yang akan digunakan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Melaka susulan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Setiausahanya Muhammad Jailani Khamis berkata keputusan sama ada PN akan bertanding menggunakan logo PAS atau parti komponennya perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

“Tentang penggunaan logo pada pilihan raya Melaka ini, ia adalah keputusan pusat.

“Saya sendiri berpendapat biarlah pusat yang membuat keputusan, iaitu Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, dan kami di Melaka, insya-Allah, akur dengan apa saja keputusan,” katanya kepada FMT.