KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) diberikan tekanan politik oleh pihak tertentu sehingga membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN).
Ketuanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, ketika mengecam tekanan itu turut mempersoalkan tindakan RoS yang didakwa tergesa-gesa membuat keputusan, sedangkan kes berkenaan sepatutnya dibawa ke mahkamah pada 22 Oktober ini.
Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, sebelum ini RoS sendiri sudah mengeluarkan surat yang menyatakan bahawa isu berkaitan akan dijawab di mahkamah.
"Jadi, kenapa tiba-tiba berubah? Siapa yang mendesak? Ada tangan-tangan tertentu yang sedang memberi tekanan kepada RoS?






