KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) perlu mengkaji semula syarat simpanan minimum RM15,000 bagi pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) untuk melayakkan mereka memasuki senarai menunggu menunaikan haji.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dasar itu meresahkan umat Islam, khususnya golongan luar bandar yang mengumpul wang sedikit demi sedikit bagi menunaikan ibadah haji.

Katanya, syarat tersebut dikhuatiri menyebabkan kira-kira tiga juta pendeposit sedia ada terkeluar daripada senarai berkenaan.

“Dalam negara kita ini kebanyakan orang kampung mempunyai aset, dia ada tanah, dia ada macam-macam, kebun dan sebagainya. Tetapi kalau nakkan tunai RM1,300, dia mampu untuk masuk dalam senarai untuk pergi haji.