KUALA LUMPUR – Serangan terhadap sistem dan perkhidmatan utama Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada pendeposit.
TH dalam satu kenyataan berkata, bagi melindungi simpanan dan maklumat peribadi pendeposit, TH mengambil langkah menghentikan sementara operasi sistem dan perkhidmatan di semua saluran pada Khamis lalu.
Menurutnya, serangan itu adalah perbuatan jenayah terhadap TH dan negara yang bertujuan menjejaskan operasi serta perkhidmatan.
“Hasil usaha bersama itu cawangan TH di Kedah, Terengganu dan Kelantan kembali beroperasi mulai semalam, manakala semua cawangan di negeri lain dibuka seperti biasa hari ini, selain perkhidmatan melalui bank rakan strategik TH juga kembali aktif.









