SEREMBAN - Polis merakam keterangan 18 individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Khamis lepas.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat."Suspek yang juga suami mangsa berusia lingkungan 30-an masih direman hingga 22 Oktober, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Semakan turut mendapati lelaki berkenaan mempunyai 16 rekod lampau berkait jenayah dan dadah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.Alzafny berkata, bedah siasat mendapati, punca kematian wanita tersebut akibat tekanan pada bahagian leher selain pemeriksaan turut menemukan tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam, masing-masing dua di bahagian perut dan satu di pipi kanan.Wanita berusia 30-an itu ditemukan maut selepas disyaki ditikam suaminya di kuarters itu, dipercayai akibat perselisihan faham.Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 9.30 malam selepas suami mangsa menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan kematian itu. - BernamaARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suamiPolis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suamiPegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsaPerselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - PolisPegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampasPegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiadaPegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - KakakSuami pegawai AKPS dibunuh ada 16 rekod jenayah - Polis
Polis rakam keterangan 18 individu kematian pegawai AKPS

Key takeaways
Polis merakam keterangan 18 individu dalam siasatan kematian pegawai AKPS yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
- Suspek, suami mangsa, direman hingga 22 Oktober dalam kes jenayah berdasarkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Punca kematian wanita berusia 30-an adalah tekanan pada leher dan tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam.
- Suspek mempunyai 16 rekod lampau berkait jenayah dan dadah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Polis rakam keterangan 12 pegawai JPJ berkait MyEG, Zetrix
- Sinar Harian Polis rakam keterangan 18 individu kematian pegawai AKPS (this story)







