SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) didakwa diselamatkan daripada menjadi cagaran dan mahar politik melibatkan beberapa pihak.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, terdapat dua pihak yang selama ini cuba berunding secara senyap dengan menjadikan PN sebagai hantaran penyatuan."Jika dengan kuasa nipis dalam parti yang kecil sahaja pun mereka sanggup merayu untuk saling menyokong satu sama lain atas semangat ‘kekanda dan adinda’, apatah lagi jika PN masih kekal bersama mereka," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam satu kenyataan membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.Keputusan tersebut dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September 2026.Menurut RoS, alasan yang diberikan PN tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran seperti dinyatakan dalam notis bertarikh 22 September 2026, selain tidak memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran gabungan berkenaan.
PN diselamatkan daripada jadi cagaran, hantaran satukan dua pihak - Fadhli Shaari

Key takeaways
Perikatan Nasional (PN) diselamatkan daripada menjadi cagaran politik selepas dua pihak cuba menyatukan diri melalui hantaran.
- PN didakwa diselamatkan daripada menjadi cagaran dan mahar politik.
- Dua pihak cuba berunding secara senyap dengan menjadikan PN sebagai hantaran penyatuan.
- Pendaftaran PN dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ZULHAIZI ROSDI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Status Ahli Parlimen PN jadi tanda tanya di Dewan Rakyat
- Sinar Harian PN diselamatkan daripada jadi cagaran, hantaran satukan dua pihak - Fadhli Shaari (this story)





