KUALA LUMPUR - Keterangan bekas wartawan diambil bagi membantu siasatan susulan laporan penafian daripada pengerusi sebuah kuil berhubung isu dakwaan kes pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pengadu seorang lelaki tempatan memaklumkan semasa berada di rumah telah menerima pautan audio siar (podcast) daripada rakannya kira-kira jam 3.30 petang, Ahad lalu.Menurutnya, pengadu telah hadir membuat laporan polis berkaitan penafian tersebut."Pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Selepas mendapat perintah untuk penyiasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya, bagi tujuan melengkapkan siasatan pihak polis telah memanggil beberapa orang saksi termasuk Azrul Affandi Sobry (bekas wartawan) ke IPD Sentul utk dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambahnya, Azrul Affandi akan hadir ke IPD Sentul kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Azrul Affandi yang berkata, kehadiran dirinya di IPD Sentul untuk direkod keterangan merupakan prosedur biasa pihak polis dalam melaksanakan siasatan.Justeru, Azrul Affandi menegaskan agar masyarakat tidak membuat kenyataan berkaitan perkara ini yang berbaur penghinaan kepada pihak berkuasa.Video audio siar berdurasi dua minit 30 saat berhubung isu tersebut sebelum ini tular menerusi akaun TikTok.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, hasil semakan mendapati, kejadian yang dibangkitkan dalam 'podcast' berkenaan berlaku pada 12 Julai 2016 dan tiga laporan polis berkaitan kejadian diterima ketika itu.
Dakwaan edar dadah: Pengerusi kuil buat laporan penafian, polis panggil bekas wartawan

Key points
- KUALA LUMPUR - Keterangan bekas wartawan diambil bagi membantu siasatan susulan laporan penafian daripada pengerusi sebuah kuil berhubung isu dakwaan kes pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.
- Menurutnya, pengadu telah hadir membuat laporan polis berkaitan penafian tersebut.
- Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Azrul Affandi yang berkata, kehadiran dirinya di IPD Sentul untuk direkod keterangan merupakan prosedur biasa pihak polis dalam melaksanakan siasatan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Lelaki didakwa edar lebih 2kg dadah zombi
- Harian Metro Edar dadah, lelaki dipenjara 30 tahun
- Sinar Harian Dakwaan edar dadah: Pengerusi kuil buat laporan penafian, polis panggil bekas wartawan (this story)




%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fakmal_793074.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)