Takiyuddin Hassan berkata PN sudah mengemukakan permintaan bertulis pada 14 Okt supaya tiada tindakan lanjut diambil sementara menunggu pendengaran rayuan notis oleh JPPM.PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftarannya serta memohon supaya pelaksanaan dan kesan keputusan itu ditangguhkan sementara menunggu penentuan mahkamah.
Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan mempersoalkan pembatalan itu hari ini, dua hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mendengar permohonan penangguhan berkaitan notis ketidakpatuhan dan penggantungan aktiviti gabungan berkenaan.
“PN akan mencabar kesahihan perintah pembatalan dan memohon supaya pelaksanaan serta segala kesannya ditangguhkan sementara menunggu penentuan Mahkamah,” katanya dalam kenyataan.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2Fcf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)