KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (JKPK) Parlimen akan menghantar memorandum berkaitan masalah jerebu rentas sempadan kepada Kedutaan Indonesia esok.Pengerusinya, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berkata, isu jerebu menjadi masalah kepada negara dalam pelbagai aspek seperti alam sekitar, kesihatan awam, keselamatan rakyat, ekonomi negara serta hubungan diplomatik antara negara jiran."Insya-Allah esok pagi JKPK dan anggota akan serah memorandum kepada Kedutaan Indonesia mengenai masalah jerebu ini," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Selasa.Sementara itu, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat tempatan yang didakwa terlibat dalam pembakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan.Beliau berkata, ini susulan laporan terbaharu Greenpeace yang menamakan 20 syarikat dipercayai terlibat, termasuk sebuah syarikat perladangan terkemuka negara, menerusi anak syarikatnya yang berdaftar di negara jiran itu."KLCC sekarang sudah jadi KL Cannot See kerana jerebu. Dalam perbahasan Kamar Khas sebelum ini, pihak kementerian memaklumkan tiada maklumat mengenai penglibatan syarikat tempatan."Namun menerusi laporan Greenpeace ini, terbukti ada anak syarikat tempatan yang terlibat. Kita harap kementerian tidak berpeluk tubuh dan mengambil langkah susulan yang serius," katanya.Justeru, Poay Tiong mencadangkan agar Malaysia mencontohi tindakan tegas kerajaan Singapura mengeluarkan notis amaran kepada 10 syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden pembakaran hutan di Indonesia.Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) pula menggesa kerajaan menyediakan peruntukan khusus bagi pelaksanaan kaedah tangkap, mandul lepas atau Trap-Neuter-Release (TNR) secara jangka panjang untuk menangani isu haiwan terbiar di seluruh negara, sekali gus memutuskan kitaran konflik antara orang awam, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pencinta haiwan susulan operasi tangkapan."Apabila kita tiada sistem jangka panjang, setiap operasi tangkapan berisiko menjadi konflik sama ada antara pencinta haiwan dengan pihak berkuasa mahupun jiran sesama jiran. Akhirnya tiada siapa yang menang. Haiwan menderita, petugas dikecam dan kepercayaan rakyat pula terhakis," katanya.Menurut Vivian, program TNR secara berterusan mampu mengurangkan populasi haiwan terbiar secara beransur-ansur dan beretika tanpa perlu menunggu tragedi berulang.Isu perkhidmatan doktor udara (FDS) turut dibangkitkan semasa perbahasan, dengan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong), meminta kerajaan menyediakan perlindungan insurans yang menyeluruh termasuk pampasan kematian dan hilang upaya kekal serta kebajikan petugas kesihatan yang terlibat dalam FDS."Saya menyambut baik peningkatan insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara (FDS) daripada RM30 kepada RM100. Namun, mengambil kira risiko petugas kesihatan di pedalaman serta iktibar daripada insiden nahas
JKPK Kesihatan serah memorandum isu jerebu kepada Kedutaan Indonesia esok

Key takeaways
JKPK Kesihatan akan serahkan memorandum isu jerebu kepada Kedutaan Indonesia esok.
- JKPK Kesihatan akan serahkan memorandum tentang jerebu kepada Kedutaan Indonesia.
- Isu jerebu mempengaruhi alam sekitar, kesihatan, ekonomi, dan hubungan diplomatik.
- Greenpeace mengenal pasti 20 syarikat termasuk syarikat tempatan terlibat dalam pembakaran hutan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian 'Pemilik serah tanah kepada warga asing'
- Malaysiakini (BM) Suami bunuh pegawai Kastam sebelum serah diri kepada polis
- Sinar Harian JKPK Kesihatan serah memorandum isu jerebu kepada Kedutaan Indonesia esok (this story)



