Madrid: Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho memberi amaran kepada Vinicius Junior dan bintang lain pasukan itu bahawa tiada pemain mempunyai status 'kebal' dalam skuad kendaliannya.
Vinicius bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik musim ini dan sedang menjalani penggantungan empat perlawanan dalam saingan La Liga selepas dikenakan hukuman kerana menarik rambut pemain lawan.
Bagaimanapun, pemain sayap Brazil itu boleh diturunkan apabila Real melayan kunjungan RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi Khamis ini.
Pada masa sama, pemain sayap Ivory Coast, Yan Diomande yang menjadi pembelian termahal kelab dengan nilai €140 juta (RM640 juta), semakin menyerlah sejak beberapa minggu kebelakangan ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fundang423_276515.png&w=480&output=webp&q=85&we)
