KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup 57 warga asing ke negara ini selepas memintas sebuah bot kayu di perairan Tanjung Karang, Selangor, awal pagi tadi.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh, berkata tindakan memintas bot itu dilakukan susulan maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan migran di perairan berkenaan.
Beliau berkata, sebuah bot peronda dikerahkan ke lokasi sejurus menerima maklumat sebelum mengesan sebuah bot kayu berwarna merah dan hitam yang mencurigakan serta tidak mempunyai nombor pendaftaran.
"Bot berkenaan dipintas kira-kira 0.7 batu nautika barat daya Tanjung Karang.










