KANGAR - Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai mangsa eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, dalam serbuan Ops Noda pada 11.15 malam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak."Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Polis Perlis malam Selasa.Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis bagi membolehkan tindakan diambil.- Bernama
Serbuan polis bongkar remaja 16 tahun jadi mangsa eksploitasi seks, dua lelaki ditahan

Key takeaways
Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan 16 tahun dan menahan dua lelaki terlibat dalam eksploitasi seks.
- Serbuan di Arau menyelamatkan remaja perempuan 16 tahun.
- Dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun ditahan disyaki terlibat dalam pelacuran.
- Kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Kanun Keseksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja 16 tahun disambung enam hari lagi
- Utusan Malaysia Polis rampas dokumen, bahan berkaitan dalam serbuan di Gombak
- Sinar Harian Serbuan polis bongkar remaja 16 tahun jadi mangsa eksploitasi seks, dua lelaki ditahan (this story)







