KANGAR: Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks oleh sindiket pelacuran melalui aplikasi media sosial dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.
Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, dalam serbuan Op Noda pada jam 11.15 malam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki warga tempatan.
Beliau berkata, penahanan suspek dan penyelamatan mangsa dilakukan hasil maklumat serta risikan pihak polis berhubung aktiviti jenayah pelacuran membabitkan eksploitasi kanak-kanak di kawasan berkenaan.
"Hasil serbuan, polis menahan dua lelaki berkenaan yang disyaki menjalankan promosi aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi MiChat dan mengeksploitasi mangsa secara seksual.








