London: Dejan Kulusevski menyifatkan dirinya sebagai 'insan berbeza' selepas kembali beraksi bersama Tottenham Hotspur susulan berehat selama 17 bulan akibat kecederaan.
Pemain tengah Sweden itu menerima sorakan gemuruh penyokong ketika dimasukkan pada minit ke-87 dalam kemenangan 3-1 Tottenham ke atas Coventry, hari ini, di Stadium Tottenham Hotspur.
Kulusevski mengalami beberapa kemunduran selepas menjalani pembedahan lutut pada Mei 2025.
Namun, pembedahan kedua pada Mac lalu akhirnya membuka jalan buat pemain berusia 26 tahun itu untuk kembali pulih.










