Kuantan: Kapten Pahang Rangers FC, Akmarulnizam Idris yakin kejayaan mampu berpihak kepada mereka di final Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), musim ini.
Final akan diadakan secara timbal balik dengan aksi pertama di Stadium Tertutup SUKPA, di sini pada 24 Oktober diikuti perlawanan kedua di gelanggang lawan pada 31 Oktober.
Menurut Akmarulnizam, tiada yang lebih bermakna pada setiap perlawanan melainkan kemenangan terutama di pentas akhir yang akan meletakkan pemenang sebagai juara.
Katanya, hasil 17 perlawanan sepanjang musim ini membawa Pahang Rangers ke final, walaupun mereka hanya di tempat ketiga di peringkat liga di belakang Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT).









