KUALA LUMPUR: Petarung muay thai negara, Rifdean Masdor bertekad mencipta sejarah dengan menamatkan rekod tanpa kalah juara dunia atomweight ONE Championship, Nadaka Yoshinari apabila berentap di ONE SAMURAI 4, Sabtu ini.

Petarung yang dikenali sebagai Magic Boy itu bakal mencabar jaguh Jepun berkenaan dalam aksi utama bersama di Ariake Arena, Tokyo, dengan peluang merampas gelaran dunia menjadi pertaruhan.

Rifdean berkata, pertemuan itu dinantikan sejak sekian lama selepas mengikuti perkembangan Nadaka selama empat tahun, sekali gus menjadikan peluang berdepan petarung itu lebih bermakna buat dirinya.

"Selepas tujuh kemenangan dalam ONE Championship, saya bersedia bertarung dengan Nadaka.