KUALA TERENGGANU: Empat etnik Rohingya yang ditahan berhubung kes rogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di Kemaman Ogos lalu sudah didakwa atas kesalahan imigresen Ogos lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, berkata siasatan berhubung kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan masih diteruskan.

Beliau berkata demikian mengulas penyebaran foto dan kenyataan di media sosial yang mempersoal perkembangan serta tindakan polis berhubung kes berkenaan.

"Empat suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 30 Ogos lalu dan tidak dibenarkan jaminan.