MUNICH: Bayern Munich berkemungkinan akan beraksi tanpa kelibat jurulatihnya, Vincent Kompany serta penjaga gol utama, Manuel Neuer dan pemain tengah kreatif, Joshua Kimmich apabila menerima kunjungan Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara, Khamis ini.
Penolong jurulatihnya, Aaron Danks berkata pada sidang media bahawa Kompany sedang mengalami jangkitan virus yang ada kalanya memberi kesan terhadap kakinya, manakala Neuer baru pulih daripada kecederaan dan Kimmich tidak menyertai latihan atas urusan peribadi.
"Vince mengalami jangkitan virus dan penting untuknya berehat. Jadi, dia berada di rumah. Kami akan memantau keadaannya dari hari ke hari. Dia akan memainkan peranannya dalam perlawanan itu, sama ada di Allianz Arena atau tidak," kata Danks.







