KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) mendakwa BERSATU menjadi punca pendaftaran gabungan itu dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Memberi contoh keputusan dibuat BERSATU ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia memperlihatkan tindakan 'tikam belakang' parti itu yang membawa kepada keputusan dibuat RoS.
Mengulas lanjut, katanya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor BERSATU mahu bertanding sebanyak mungkin kerusi dengan menggunakan logo PN dan ia berlaku, namun semua kerusi ditandingi parti itu kalah.
Bagaimanapun sebaik menjelang PRN Negeri Sembilan pula, beliau berkata BN memberikan 11 kerusi kepada PN dan perbincangan dibuat untuk pengagihan kerusi termasuk untuk diberikan kepada BERSATU.







