Jempol: Biarpun menyarung seragam anggota beruniform, Shariman Masaudee ada kelebihannya kerana mempunyai 'tangan berseni' menerusi kemahiran membuat kek.

Kelebihan yang ada itu tidak disia-siakan kerana dimanfaatkan untuk mencari pendapatan sampingan dengan mengambil tempahan kek hujan panas.

Shariman, 30, berkata, percubaannya berhasil kerana semakin mendapat banyak permintaan daripada pelanggan terutama selepas dia berkongsi video hasil kerjanya di media sosial.

Menceritakan kisahnya, Shariman yang bertugas sebagai polis bantuan di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Gemas, Negeri Sembilan berkata, perjalanannya dalam dunia bakeri bermula pada 2019 dengan niat asalnya untuk mengisi masa terluang.