PUTRAJAYA: Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM525.26 bilion sejak penubuhannya 20 tahun lalu dan kini memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi serta pengukuhan ekosistem ekonomi serantau.
Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan jumlah pelaburan itu melepasi sasaran asal RM383 bilion dengan pembangunan di wilayah berkenaan turut mewujudkan lebih sejuta pekerjaan dan meningkatkan purata pendapatan isi rumah lebih dua kali ganda sepanjang tempoh berkenaan.
"Bagi fasa pembangunan seterusnya, penekanan akan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan aktiviti ekonomi bernilai tinggi, termasuk pembuatan termaju, industri digital dan berasaskan data, logistik serta perkhidmatan kewangan dan perniagaan.








