Ankara: Turkiye melantik bekas pemain tengah kebangsaan, Sergen Yalcin sebagai ketua jurulatih baharu dengan kontrak empat tahun bagi menggantikan Vincenzo Montella yang dipecat, menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF).
Yalcin, 53, mengambil alih tugas itu selepas Montella dari Itali disingkirkan awal bulan ini susulan kempen mengecewakan dalam saingan Liga Negara-Negara.
Turkiye kini menghuni tangga tercorot Kumpulan A1 selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut, selain tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2026.
"Kami mendoakan kejayaan Yalcin dalam tugas baharunya dan berharap keputusan ini membawa kebaikan kepada negara serta pasukan kebangsaan kami," menurut kenyataan TFF.








