Munich: Pemain sayap Bayern Munich, Serge Gnabry tidak terkejut apabila bekas rakan sepasukannya, Mikel Arteta menjadi jurulatih yang berjaya, sambil menyifatkan pengendali Arsenal itu sememangnya seorang pemimpin di bilik persalinan.

Gnabry, yang memulakan karier bola sepak bersama Arsenal, bakal berdepan pasukan kendalian Arteta di Allianz Arena, Khamis ini dalam aksi Liga Juara-Juara.

"Beliau memang seorang pemimpin dalam pasukan kami ketika itu. Beliau menjadi kapten pada musim kami bermain bersama," kata Gnabry.

"Saya masih ingat bagaimana beliau membantu kami. Beliau banyak berkongsi nasihat dengan kami. Beliau juga sentiasa mudah didekati dan terbuka.