Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen Terbuka Perancis dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer, sebentar tadi.
Pasangan pilihan keenam kejohanan yang menghuni ranking kelima dunia itu menang 21-17, 19-21, 21-17 dalam aksi 51 minit di Arena Grand Paris.
Kemenangan itu menyaksikan Sze Fei-Izzuddin berpeluang untuk menamatkan kemarau beregu lelaki yang kali terakhir muncul juara pada 2004 melalui Gan Teik Chai-Koo Kien Keat.
Di pusingan kedua, mereka bakal berdepan pemenang pertemuan antara satu lagi pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.









