Johor Bahru: Kerajaan Negeri Johor memberi tumpuan khusus kepada dua kawasan utama menerusi Operasi Pembenihan Awan (OPA) Ke-61 bagi merangsang pembentukan hujan sekali gus mengurangkan masalah jerebu yang melanda negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, dua kawasan tumpuan berkenaan membabitkan laluan antara Yong Peng hingga Machap serta Mersing hingga ke Kota Tinggi.

Beliau berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan hasil usaha sama pelbagai agensi Persekutuan bagi memastikan kualiti udara dan kesihatan rakyat Johor terus terpelihara.

"Operasi ini adalah misi ke-61 dengan menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Subang, Selangor dengan membawa sebanyak lapan tan natrium klorida (garam) sebagai bahan pembenihan awan.