JOHOR BAHRU: Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Johor hari ini memberikan tumpuan khusus kepada dua kawasan utama iaitu Yong Peng di Batu Pahat ke Machap, Kluang serta Mersing hingga Kota Tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon berkata operasi itu bertujuan merangsang pembentukan hujan, sekali gus membantu mengurangkan kepekatan partikel jerebu di udara.
Beliau berkata operasi menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Subang, Selangor, itu membawa lapan tan natrium klorida (garam) sebagai bahan pembenihan awan.
"Hari ini saya berpeluang menyertai sendiri operasi bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan No 20 Skuadron daripada TUDM, yang turut dikenali sebagai 'The Rainmaker' dalam usaha menangani masalah jerebu," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fundang423_276515.png&w=480&output=webp&q=85&we)

