JOHOR BAHRU: Skuad remaja kebangsaan bangkit untuk menewaskan Jepun 4-2 dalam aksi penuh dramatik pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 (B-21) Tahun Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, di sini, sebentar tadi

Seawal minit keempat suku pertama, skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasirrudin hampir mencipa jaringan selepas pukulan sudut penalti G Dheereshh namun berjaya di halang Ryui Tanaka ketika penjaga gol Jepun, Kazato Baba sudah tertewas.

Young Tigers yang melancarkan serangan di sayap kiri berjaya melakukan penetrasi ke dalam kotak D namun dua peluang yang dihasilkan pada penghujung suku pertama itu tidak berjaya disempurnakan oleh Faiz Afzan Mohd Faizal dan Harieq Hadief Mohd Fariq.