KUALA LUMPUR: Skuad bawah 15 (B-15) tahun negara menerima suntikan semangat daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan sebelum berlepas ke Baku, Azerbaijan, Khamis ini.

Pasukan kendalian P Maniam itu akan menyertai Festival & Piala Dunia B-15 FIFA 2026 yang akan bermula pada 24 hingga 30 Oktober ini.

Ab Ghani meluangkan masa bertemu barisan pemain dan pegawai pasukan itu di Wisma FAM, hari ini, selepas mereka tiba dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang.

"Usia 15 tahun ni adalah masa dan ketika untuk anda menunjukkan bakat dan mempunyai cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional.