PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish kesal selepas kenyataannya disunting pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan pelbagai salah faham.
Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, sedar zaman kecerdasan buatan (AI) kini memudahkan manipulasi maklumat, namun menegaskan perbuatan tersebut sebagai satu bentuk fitnah yang tidak wajar dipermainkan.
“Bagi sesiapa yang menyunting kenyataan saya tentang pemandu lori, memang tak ‘cool’ lah.
“Saya tiada masalah dengan mana-mana pekerjaan akan tetapi kenyataan saya ditukar bukan media tetapi orang yang tidak bertanggungjawab.








