PYONGYANG – Kecoh berita mengenai pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un meninggal dunia sebenarnya beliau kelihatan sihat bersama anak dan isteri melawat sebuah pameran industri pakaian dan kasut.

Pendedahan visual itu selepas media antarabangsa membuat khabar angin liar di media sosial yang mendakwa beliau telah meninggal dunia.

Laporan agensi berita Korea Selatan, Yonhap News Agency, mendedahkan bahawa dakwaan palsu itu mula tersebar luas setelah dipetik oleh beberapa tabloid asing termasuk The Sun dan New York Post.

Spekulasi tersebut mendakwa Jong Un mengalami pendarahan otak yang teruk, koma, dan meninggal dunia di sebuah hospital di Beijing, China.