KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa ketika sentimen pelabur kekal berwaspada menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS pada minggu depan, kata penganalisis.
Pada 6 petang ini, ringgit di paras 4.0805/4.0845 berbanding dolar AS yang tidak berubah berbanding penutupan pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit diniagakan dalam julat yang terhad hari ini susulan prestasi pasaran pertukaran mata wang asing di seluruh Asia yang bercampur-campur.
Jelas beliau, Indeks Dolar AS (DXY) susut apabila jangkaan pasaran bahawa pihak Fed menaikkan kadar faedah utama AS pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 27–28 Oktober, masih rendah.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fundang423_276515.png&w=480&output=webp&q=85&we)

