Kuching: Semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian, Sri Aman dan Lubok Antu ditutup sementara esok berikutan keadaan cuaca panas dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras tidak sihat di kawasan itu.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini, memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan berterusan dan bacaan IPU setakat jam 2 petang tadi serta laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sehubungan itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan sementara sekolah berkenaan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).

"Guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) pula dibenarkan melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh berkenaan.